Tips Fesyen untuk bakal graduan

Bagi bakal-bakal graduan, bila berada di semester-semester akhir pengajian, yang paling penting ialah untuk melakukan SEHABIS BAIK dan mendapatkan segulung ijazah yang dikejar selama 3 - 4 tahun pengajian

Pada tahun akhir pengajian, ramai yang akan mula mengemaskini resume @ curriculum viate masing-masing
Masing-masing akan mula menyenaraikan aktiviti-aktiviti dan pencapaian sepanjang tempoh pengajian kan

Tapi, jangan sampai buat auto-biografi pula ye
Amalkan K.I.S.S. (keep it sweet and simple) dalam menyediakan resume @ curriculum vitae anda
Jangan panjang berjela, 2 muka surat sudah mencukupi
Struktur resume yang ringkas dan padat
Bagi yang akan menghadiri temuduga, beberapa tips berfesyen yang boleh anda amalkan sebelum melangkah ke bilik temuduga
Gambar-gambar di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan

Wanita
Girls, measure yourself against this dress-o-meter before going for the interview





Sedikit peringatan bagi semua graduan wanita :

  • Jika anda perlu menggunakan solekan, ambil masa untuk bersolek dan jangan mengenakannya dalam keadaan tergopoh-gapah. Solekan yang kemas menunjukkan peribadi diri secara tidak langsung
  • Jangan mengenakan solekan yang terlampau berat atau 'meriah'. Anda bukan seorang artis atau 'badut'. Nanti bakal majikan akan membuat tanggapan berlainan sekiranya anda mengenakan solekan yang terlampau berat.
  • Jangan pula tidak menggunakan solekan langsung kerana majikan akan mengganggap anda seorang yang sedang mengalami masalah jika anda datang tanpa mengenakan sebarang solekan pun
  • Jangan menggunakan warna gincu bibir yang terlalu 'ekstrem' atau terang. Begitu juga dengan pewarna pipi.
  • Sekiranya ada memiliki subang atau tindikan selain daripada di telinga, sila tanggalkan. Di telinga, sewajarnya hanya satu tindikan di setiap cuping
  • Kurangkan penggunaan barang kemas
  • Kenakan pakaian yang berwarna pastel dan lembut
  • Gunakan kasut bertumit yang tidak melebihi 2 inci
  • Penggunaan minyak wangi yang minimum
  • Sekiranya menggunakan skirt, pastikan melebihi paras lutut dan menggunakan stokin wanita yang tidak terkoyak di mana-mana bahagian
  • Bagi yang bertudung, kurangkan pemakaian tudung yang terlampau melilit dan 'meriah' dengan hiasan.
  • Ikat rambut anda jika terlampau panjang atau disikat kemas
  • Pastikan pemakaian anda bersesuaian dengan kerjaya anda.


Lelaki
You too, guys! Check this before you step out for that interview

Sedikit peringatan bagi semua graduan lelaki :
  • Warna kasut bersamaan dengan keseluruhan pakaian anda
  • Berpakaian yang mempunyai rona warna serupa dan jangan menghadiri mengenakan pakaian seperti 'pelangi'
  • Rambut lelaki mesti sentiasa kemas dan pendek, melainkan anda temuduga untuk watak dalam filem yang memerlukan anda berambut panjang
  • Pemakaian tali leher juga bergantung kepada kerjaya anda. Pastikan warnanya tidak terlalu terang sehingga menarik perhatian penemuduga
  • Pastikan kasut yang anda gunakan telah dibersihkan dan dikilat
  • Pastikan janggut dan misai anda dibersihkan atau dikemaskan
  • Jika anda mengenakan subang di mana-mana bahagian badan, anda digalakkan untuk menanggalkannya untuk temuduga
  • Penggunaan minyak wangi yang minimum

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini mampu membantu anda semua menjadi yakin dan berketrampilan untuk temuduga anda

Selamat berjaya

Just me


Comments

Yaz@lina said…
Saya ingin suarakan kurang setuju terhadap "dress-o-meter" wanita tu....In my personal opinion, sepatutnya most recommended from left to right. Tapi yang paling saya suka, 3rd from left...tapi kurang sesuai di scenario UKM, kan?

MUST-READS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate

Article of the Day #AOTD : Get set for next industrial revolution

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years