Wifi Percuma Untuk 25,000 Pelajar UKM

Pandangan dari kami berempat : Muhammad Norrizal Abd. Majid, Mazlinda Ahmad, Suriana Sulaiman dan Wahidah Abdul Wahid

Pandangan 1


Pada masa kini, penguasaan Internet di dalam IPTA  bagaikan satu perkara yang amat penting.
Kepentingan di dalam penggunaan teknologi maklumat telah menyebabkan belia, terutama sekali pelajar IPTA Dan IPTS sedar akan kewujudan teknologi maklumat telah banyak membantu mereka di dalam proses pembelajaran dan dalam pencarian maklumat tambahanDengan perkembangan ICT, pelajar IPT tidak perlu runsing dalam carian maklumat mengenai tugasan kerana dengan capaian menerusi Internet, maklumat boleh diperoleh dengan cepat dan tepat, berbanding dengan 20 tahun dahulu di mana maklumat hanya diperolehi dari perpustakaan Dan majalah-majalah tertentu sebagai rujukan. Penerimaan belia terutama pelajar IPT terhadap perkembangan meraka.wifi percuma amat lah berguna untuk perlajar kerana boleh menjimat kan wang ringgit pelajar dan sekaligus boleh menggunakan wang itu untuk tujuan yang lain.tapi pelajar haruslah bijak dgn kemudahan yg dibagi dan tidak menyalah gunakan wifi percuma untuk tujuan peribadi.


Pandangan 2

         Pada pandangan saya artikel mengenai pemberian Wifi percuma untuk 25,000 pelajar UKM adalah satu inisiatif yang amat bagus. Memandangkan di masa kini, akses kepada internet adalah menjadi satu kemestian dan keperluan kepada pelajar demi kelangsungan mereka untuk mendapat maklumat terkini dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka. Ianya adalah satu perkara yang sangat baik jika kesemua 25,000 orang siswa Universiti Kebangsaan nanti bakal dapat menikmati Wifi internet percuma sehingga 300mb sebulan selagi mereka adalah pelajarnya.

         Tidak semua kawasan di dalam kampus mempunyai Wifi percuma, dengan inisiatif dari pihak YTL ini akan dapat memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan pada bila-bila masa dan mendapatkan info terkini tentang apa yang berlaku di dalam negara mahupun luar negara. Ianya juga adalah satu inisiatif yang bagus kerana tidak semua pelajar berkemampuan untuk mendapatkan broadband mereka sendiri, dengan adanya pemberian Wifi percuma ini, pelajar yang tidak berkemampuan juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan tanpa perlu berada di kawasan tertentu yang mempunyai akses wifi di dalam kampus ini.

         Mengenai satu lagi kemudahan yang ditawarkan di mana pakej istimewa sebanyak RM100 akan diberikan kepada siswa yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar Samsung bersama kemudahan mendapatkan data tiga kali ganda dari pakej 300mb percuma tersebut, ianya amatlah baik kerana telefon Samsung itu juga boleh digunakan sebagai telefon bimbit biasa dan boleh digunakan sebagai alat untuk melayari internet melalui USB di komputer bimbit. Kemudahan yang sangat bagus dan berpatutan seperti ini juga patut diperluaskan kepada pekerja di UKM.

         Adalah lebih baik lagi jika akses wifi percuma ini hanya diberikan untuk para pelajar mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran mereka sahaja, akses kepada laman sosial dan laman yang tidak berkaitan patut disekat. Amat merugikan jika mereka hanya menghabiskan akses 300mb percuma itu hanya untuk melayari laman sosial dan sebagainya yang tidak berfaedah itu.

         Usaha murni dari pihak YTL ini patut disokong dan digunakan sebaiknya oleh semua pelajar.


Pandangan 3

         Inisiatif yang ingin dilaksanakan ini ada kebaikan dan keburukannya.

     Dari sudut positifnya, inisiatif untuk memberi wifi percuma kepada pelajar ini dilihat dari aspek pembelajaran yang mana dengan adanya internet, dapat memudahkan pelajar untuk memberi lebih tumpuan kepada soal pelajaran.  Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut negatif, dengan adanya internet yang mudah dicapai boleh juga mengganggu pembelajaran kerana pelajar lebih cenderung untuk melayari media sosial di internet.  Memandangkan media sosial sekarang sangat meluas, pelajar boleh menjadi leka dengan media sosial tersebut sekaligus mengabaikan pelajaran apalagi pelajar ini tinggal berjauhan dengan ibu bapa masing-masing dan tidak dikawal oleh ibu bapa.

       Dari segi bayaran yang dikenakan untuk pakej wifi ini, ia memang kadar yang berpatutan akan tetapi adakah capaian internet ini tidak akan mengalami sebarang gangguan.  Semestinya apabila pelajar telah mendaftar dan membayar untuk pakej ini, apa yang diharapkan adalah agar talian internet sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan dapat dicapai dengan mudah dan cepat.

      Secara keseluruhannya, inisiatif ini memberi lebih kebaikan kepada pelajar-pelajar UKM dan juga membantu UKM mencapai matlamat menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk pelajaran.

Pandangan 4

         Pada pandangan saya ini adalah initiatif yang bagus kerana dapat memudahkan pelajar universiti dalam akses internet di kampus

         Mungkin sebelum ini ada segelintir pelajar yang merungut kerana khidmat rangkaian internet di kampus ada mengalami masalah seperti lambat atau “server down”. Jadi dengan talian Yes 4G ini adalah salah satu pilihan yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.

         Pemberian percuma dan pakej harga yang berpatutan juga dapat menarik minat pelajar untuk berdaftar dan mendapatkan khidmat ini. Semestinya pelajar berminat kerana YES 4G juga adalah suatu sistem termoden di dunia dan pelajar kita beruntung kerana rangkaiannya meliputi kawasan UKM.

         Selain itu, ini juga dapat dilihat sebagai satu jaringan kerjasama yang baik antara pihak swasta seperti syarikat YTL Communications Sdn Bhd dengan pihak universiti sendiri. Dan diharap dengan capaian yang lebih mudah dan pantas ini diguna dengan sebaik mungkin oleh pelajar dalam membantu proses mendapatkan maklumat pembelajaran dan tidak disalahguna untuk tujuan negatif.

Sekian.

Comments

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate