Liku- Liku Geran HEJIM 

Terima kasih kepada ahli majlis penasihat HEJIM: Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah dan Ketua HEJIM FSK: PM Dr. Hidayatul, yang telah sudi berkongsi ilmu dan kepakaran nya dengan memberi taklimat pada 20hb Feb 2013, tentang cara-cara menulis proposal geran HEJIM selain, memberi tips bagaimana untuk menghasilkan projek komuniti yang memberi manfaat kepada komuniti.

Geran HEJIM sifatnya seed-funding atau geran pengalak maka, amaun yang diberikan adalah sedikit berbanding geran lain, tetapi tidak disangka lebih 80 orang hadir untuk mendengar taklimat geran ini walaupun hebahan untuk mengadakan taklimat ini tidak kurang dari 2 hari ;


Pada 12hb Mac 2013, sekali lagi beliau sudi menjadi panel kepada pembentangan hasil geran HEJIM 2010 dan 2011 selain Prof. Dr. Zaidi dan Prof. Dr. Mohd Deraman, Ketua HEJIM. Rata-rata penyelidik sangat berpuas hati dengan komen prof sharifah yang bernas dan mengalakkan mereka untuk menyumbang lebih kepada komuniti dengan cara yang disarankan beliau. Selain itu, beliau juga menasihatkan kepada projek-projek yang mempunyai potensi agar memohon geran KTP atau dana dari luar, dengan cara pitch lebih (jual) projek yang telah dihasilkan dengan menunjukkan kepakaran yang UKM ada, agar 'buyer' dapat melabur dana ke UKM.











Semoga dengan usaha ini geran HEJIM akan diberkati dan dapat dana lebih atas hasil usaha murni penyelidik UKM.

post by: Syaz

Comments

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate