RAGAM MANUSIA
My 23 May 2013 PHI blog entry:-
Yang di bawah ini adalah email
(obviously spam) yang saya terima baru-baru ini. Saya terpanggil untuk menulis
pasal perkara ini bila saya fikirkan satu perkara ....."agaknya bagaimana
cara saya menghadapi kematian nanti?". Mula dari birthday saya tahun lepas
saya dah selalu sebut dengan anak-anak: "Kalau Mama mati sama umur dengan
Emak Mama, Mama cuma tinggal less than 9 tahun untuk hidup, and kalau sama
dengan umur Abah, Mama cuma ada 10 tahun lagi".....Emmmm, lepas tu mula
lah anak-anak kesayanganku muncung merajuk sebab Mamanya cakap bukan-bukan.
Tapi itu kan fakta?
Saya memang sakit kepala fikirkan,
tak tahu nak cakap kenapa masih ada hamba Allah yang sanggup menipu dengan
pelbagai cara, menggunakan nama Allah dan kalimah suci dan sebagainya. Dengan
email di bawah yang ditulis dalam BM dan pastinya disasarkan kepada rakan-rakan
seagama sendiri.....Kita selalu dengar banyak rakyat asing terutama dari
Nigeria yang buat benda macam ni, tapi orang kita pun ada?
Pernah saya tertipu beberapa tahun
dulu: Saya terima email daripada seorang hamba Allah yang menulis beliau sedang
cuba mengutip derma untuk seorang anak saudara beliau yang sedang sakit tenat
di HKL dan memerlukan pembedahan segera. Saya sebelum itu memang pernah terima
spam yang minta kita hantar duit tapi semuanya dalam BI dan saya boleh agak
ianya penipuan. Tapi yang ini, entah kenapa saya rasa hiba sebab ada gambar
semua, dan saya terpercaya lantar terus menghantar sedikit wang ke akuan
Maybank seperti yang diminta.....rekodnya masih tersimpan dalam senarai
pembayaran on-line CIMB click saya; ini nombor akaunnya Adrianna HKL
164342225893.
Kasihan juga memikirkan orang yang
menipu ni, dia tak takut balasan ke? Apa agaknya motivasi dia untuk buat macam
ni agaknya? Sampai hati dia menipu anak bangsa sendiri? Bagaimana dengan anda?
Ada pengalaman tak?
..........................
Assalamualaikum,
Hidup saya adalah diibaratkan
sedang diseru oleh Allah dengan keadaan kesihatan saya yang mendadak kerana
telah diberitahu oleh doktor saya yang saya ada beberapa hari lagi untuk
hidup.Dengan ini,saya ingin menderma hartanah saya untuk menolong pesakit barah
seperti saya untuk rawatan dan program-program kesihatan kerana ini adalah
cadangan arwah suami saya dan saya tidak mempunyai zuriat
Dengan ini saya hendak membuat
sesuatu dengan niat baik untuk menderma 2 juta sterling paun kepada persatuan
barah yang terlibat.Sila beritahu saya sekiranya anda sudah menerima surat
akuan tersebut dan sila beritahu informasi tentang warganegara anda dan di mana
tempat tinggal,nombor telefon informasi lain yang diperlukan oleh peguam
saya.Dengan ini saya memindahkan warisan saya kepada Semoga anda dirahmati oleh
Allah dan menggunakan wang dermaan saya dengan adil untuk kerja kebajikan.
Yang Benar
Pn. Suraya Ibrahim
From: Malaysia
Comments