GOTONG ROYONG

Hasil perbincangan yang dibuat selepas pembentangan Budaya 5S oleh Saudara Zansyuwari sewaktu Bengkel Pembangunan Kapasiti dan Pengukuhan Kerja Berpasukan Kakitangan HEJIM/AsiaEngage pada 11 Disember 2013 dan mesyuarat Hejim pada 17 Disember 2013, satu sesi gotong-royong bagi membersihkan dan mengemas stor (di sebelah PHI) telah diadakan pada 19 Disember 2013.

Aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya diketuai oleh Puan Mazlinda Ahmad. Wakil-wakil pejabat HEJIM iaitu Encik Qamarul Zulkifly (PHUM), Encik Muhammad Norrizal Abd Majid dan Puan Wahidah Abdul Wahid (PHI) dan Encik Muhammad Syakir Kamarudin dan Encik Rozy Shyris Osman (YC) telah melaksanakan tanggungjawab dengan semangat yang tinggi dan bersungguh-sungguh. Pembersihan dan penyusunan barang-barang telah diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Bilik stor sebelum aktiviti gotong royong 



Aktiviti dimulakan selepas minum pagi dan taklimat ringkas menerangkan matlamat dan penjadualan kerja oleh Puan Mazlinda.  Semua petugas menunjukkan komitmen yang tinggi dengan semangat berkobar-kobar untuk membawa perubahan yang positif terhadap persekitaran kerja Hejim.

The method of 5S is one way to engage people and contribute to culture change.

        

Petugas telah menjumpai begitu banyak barang-barang pejabat mahupun barang-barang milik peribadi yang telah tamat tempoh atau rosak.  Namun ada juga barang-barang yang masih boleh digunakan dan mempunyai nilai kenangan tetapi tidak disimpan dengan baik menyebabkan ianya kelihatan lusuh.
          


Puan Tunku Putri Afifah Tunku Anor, Puan Kamelia Shamsuddin dan Puan Biante Mohd Ramdzan serta Cik Mangalambigai a/p Namasivayam telah turut sama membantu mengenalpasti barang-barang milik Asia Engage dan AYVP untuk disisihkan. Bahan-bahan promosi HEJIM seperti poster, folder dan bunting telah disemak semula untuk dipastikan kegunaan dan kerelevenan maklumat sebelum keputusan sama ada untuk dikekalkan dalam stor untuk kegunaan semula kelak, disalin ke bentuk “softcopy” sebelum “hardcopy”nya dibuang atau dilupuskan terus. 
      

Akhirnya, stor Hejim di Tingkat 5 Kolej Keris Mas telah berjaya di 5S-kan. Yang perlu dilakukan selepas ini adalah `seragam’, memastikan keadaan yang sama berada dalam keadaan yang sepatutnya di ruang pejabat masing-masing dan `sentiasa amal’. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan sesi ini.
    

   





Laporan disediakan oleh,  
Yazlina Saduri
8 Januari 2014

 
   

Comments

Anonymous said…
This is an excellent article, and I thank you for providing such important information. also look at this profile on the mdf nameplate base was suitable for house wall paneling. It's an excellent product for art and craft lovers.

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate