Program Lawatan ke PPUKM dan Taklimat UKM Health Technopolis
Mengunguli kecermerlangan dalam bidang perubatan dan kesihatan,pencapaian PPUKM telah terbilang di persada kebangsaan dan antarabangsa terutamanya dengan penubuhan beberapa pusat kecemerlangan antaranya ialah Institut Perubatan Molekul (UMBI), Advance Surgical Skill Centre (ASSC) dan Pusat Kejuruteraan Tisu yang dilengkapi instrumentasi dan fasiliti yang berteknologi tinggi serta telah menerima pengiktirafan badan professional dari seluruh dunia.
Untuk mewar-warkan kekuatan strategic PPUKM di samping menyerlahkan lagi penyelidikan dan inovasi perubatan melalui kerjasama pintar dengan jalinan triple helix antara institusi, industri dan agensi kerajaan, program lawatan kerja ke PPUKM oleh delegasi dari beberapa agensi telah diaturkan pada 28 Julai 2016 (Khamis). Lawatan bertujuan untuk memberi penerangan berhubung dengan perkembangan dan kepakaran yang ada di PPUKM disamping meneroka potensi pelaburan yang dapat memberi nilai tambah kepada projek ‘Health Technopolis’.






Comments