Pejabat Hubungan Industri- Sekilas Pandang 2014

Sepanjang tahun 2014, banyak program dan aktiviti yang telah Pejabat Hubungan Industri (PHI) kendalikan dengan usaha sama dengan fakulti.Usaha ini perlu memandangkan PHI berperanan sebagai pengantara antara industri dengan universiti. Sebagai pengantara, peranan PHI bukan sekadar membawa masuk dan memperkenalkan pihak industri dengan UKM semata-mata tetapi juga untuk terlibat sama dengan semua program dan aktiviti yang dilaksanakan.

Hanya dengan cara ini barulah kelestarian hubungan antara UKM dengan dunia luar akan dapat dijelmakan. Kedua-duanya akan mendapat manfaat yang tidak ternilai harganya. Sebagai contoh, beberapa siri taklimat kerjaya dan temu duga telah diadakan di beberapa fakulti. Selain itu, PHI juga mengendalikan beberapa buah program menerusi dana yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempertingkat kebolehpasaran graduan UKM.

Berikut adalah program yang telah dijalankan sepanjang tahun ini;

Taklimat SAP
21 Januari 2014
Knowledge Com
Dewan Multimedia, FTSM

Upgrade Yourself Training (UYT)
22 Februari 2014
Real Leaders Solutions
Bilik Latihan 1, Kolej Keris Mas, UKM

Hari Kerjaya Bersepadu (HARKEB 2014)
2-3 April 2014
MIDA DECTAR

Graduate Aptitude Programme 2014
4-7 April 2014 (Stage 1), 25-27 April 2014 (Stage 2) & 9-11 May 2014
SCICOM Education Group
FSSK & Convention Room, Kolej Keris Mas



Practical Accounting, Audit and Tax Training Programme
7-10pril 2014, 14-17 April 2014, 15-18 Oktober 2014                        
A.      Razak & Co.
FST, UKM, UiTM Puncak Alam, Merang Suria Resort Terengganu

Murphy Engagement Day: Career Talk & Interview Session
22 May 2014 (Khamis)
Murphy Sarawak Oil Co. Ltd.
Bilik Mesyuarat Program Geology, Fakulti Sains & Teknologi, UKM


     Taklimat Kerjaya bersama Schneider Electric
14 May 14
Schneider
DK2 FKAB

Taklimat Kerjaya bersama Eastern Pre-Tech
14 May 14
DK1 FKAB

Persediaan Sebelum LI
21-May-14
KM Capital Group Berhad
DAM,FST

Resume Writing & Interviewing Skills
28-May-14
DK 3F.302,FSSK

Samsung Smart Scholarship Talk
17-Sep-14
Samsung Electronics
DK 2, FEP

Workplace Competency: Writing and Communication Makeover
26-28 September 2014 (Stage 1) & 16-17 October 2014 (Stage 2)
AMG
Bilik Latihan 2, Kolej Keris Mas, UKM

Hari Terbuka FST
7-9 Oktober 2014
FST


Chill Out Wednesday: Axiata Campus Outreach
29 Oktober 2014
Axiata & Celcom
DK 3B 301, FSSK

Semua program dikendalikan dengan matlamat yang jelas. Harapannya agar semua matlamat ini dapat dicapai dan seterusnya memberi manfaat kepada pihak industri dan UKM, khususnya golongan pelajar yang akan menjadi pelapis kepada generasi baharu di negara ini. 


Comments

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate