PROGRAM `MINI TOWN HALL’ - BICARA KRA

Program 'Mini Town Hall' yang diadakan baru-baru ini adalah salah satu usaha dalam memperjelas dan mencerahkan pemahaman tentang KRA kepada kakitangan UKM, khususnya kakitangan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Pelaksana yang berjumlah 2500 orang. 





Dalam majlis yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) itu, kakitangan yang hadir berpeluang mendengar sendiri ucapan dari Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Dalam ucapannya, beliau dengan penuh semangat menerangkan hasrat universiti dalam mencapai hasil strategik melalui enam KRA seperti yang sedia dimaklumi kakitangan.


Di ruang lobi, sebuah pameran diadakan bagi menggalakkan lagi suasana program. Sebanyak enam buah booth pameran yang mewakili enam KRA telah dibuka untuk pengunjung. HEJIM melalui Pejabat Hubungan Industri (PHI) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UKM), sejak awal lagi menggalas peranan KRA yang ketiga iaitu Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik. Pameran booth dihiasi dengan poster dan bunting yang mengandungi maklumat program, aktiviti dan hasil yang telah dijalankan selama ini. Naib Canselor juga telah diberi penerangan yang ringkas tetapi padat tentang usaha yang digerakkan oleh HEJIM selama ini.

Memandangkan strategi ini adalah satu perkara yang baru dalam kakitangan UKM, maka usaha berterusaan perlu digerakkan lagi pada masa akan datang. Pameran ini hanyalah secebis usaha kecil yang dapat dilakukan bagi meningkatkan pemahaman kakitangan tentang strategi UKM.

Comments

MUST-READS

University-industry partnership helps create impacts of research and innovation

Article of the Day #AOTD : Get set for next industrial revolution

Culinary Internship Program!