Posts

Showing posts from October, 2012

SENAMROBIK DI UKM

Image
Senamrobik di UKM telah dijadikan salah satu program kesihatan anjuran Pusat Sukan UKM dan diadakan 3 kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat di Stadium UKM. Senamrobik ini dikemudikan oleh seorang instruktor yang berpengalaman dari Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Warisan.  Terbuka secara percuma kepada semua kakitangan dan pelajar UKM.  Orang luar juga dialu-alukan.  Setiap sesi diadakan selama satu jam dan sejak ianya dimulakan pada awal tahun 2012, kehadiran adalah amat menggalakkan.  Memandangkan senamrobik ini diadakan selepas waktu bekerja iaitu pada jam 5.30 petang, maka kehadiran peserta amatlah memberangsangkan. Sesi senamrobik ini amatlah menyeronokkan. Di samping menjaga kesihatan, ia juga dapat meningkatkan stamina dan membantu menurunkan berat badan. Sesi senamrobik ini juga sesuai di adakan oleh setiap pejabat di UKM sebagai salah satu aktiviti pejabat di samping dapat meningkatkan kecergas...

Graduate Aptitude Programme 2012 & Hari Kerjaya Gugusan Sains Sosial

Image
Hai semua :) Antara aktiviti utama pejabat kami sekarang ialah untuk menjayakan satu program yang dinamakan Graduate Aptitude Programme 2012 (GAP 2012) & Hari Kerjaya Gugusan Sains Sosial.  Untuk makluman program GAP pernah diadakan sebelum ini dan program pada tahun ini lebih menarik kerana pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan bekerjasama dengan mengadakan hari kerjaya pada akhir program tersebut. Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar dari gugusan sains sosial iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dan Fakulti Pendidikan (FPend). Pendaftaran awal akan diadakan di Dataran Pusanika pada 24 Oktober 2012 bermula dari 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Pihak kami berharap para pelajar dapat merebut peluang untuk menyertai program ini yang semestinya akan memberi banyak kebaikan dan manfaat dalam menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan skil komunikasi mere...

SERI BARU DI PEJABAT

Image
Hai semua ! Semenjak pejabat kami menerima kehadiran pengurus baru iaitu Puan Yazlina Saduri, pejabat kami telah mengalami sedikit perubahan kecil yang telah menambahkan keserian pejabat kami yang sedia ada. Atas cadangan Pengurus, satu sudut untuk tetamu membasahkan tekak telah diwujudkan. Selepas ini jika ada tetamu yang bertandang, mereka sudah boleh menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Satu jambangan bunga yang baru untuk kerusi dan meja bagi tetamu yang menunggu untuk berjumpa pengurus mahupun pegawai di pejabat kami. Berseri-seri sudut tersebut dengan kehadiran jambangan bunga. Ini juga ruang untuk tetamu yang sudah diserikan dengan jambangan bunga kuning. Semoga dengan sedikit perubahan ini akan memeriahkan lagi suasana di pejabat kami. Pejabat yang bersih, kemas dan teratur dengan secara tidak langsungnya akan memberi aura yang baik untuk pekerja-pekerja seperti kami. Sekian entri blog dari Linda.

Sistem Baru E-iktiraf UKM

Image
Assalamualaikum Semua, Nak share satu sistem baru akan diwujudkan oleh PPKK bernama e-iktiraf. S istem ini  merupakan sistem yang mengumpulkan data dari sistem ICEsys, SMPU, e-Sukan, SMK, SMKV, e-inovasi bagi maklumat berkaitan; Anugerah: pengurniaan yang diberi kepada individu (tokoh kebesaran/ kesarjanaan) Kecemerlangan: pencapaian kejayaan / pengiktirafan dalam bidang penyelidikan, pengajaran, keterlibatan, perkhidmatan dan kokurikulum. (ICEsys: rekod pewasit luar, penilai luar, penilai buku/tesis untuk IPTA luar) Pembiayaan: pengiktirafan dalam bentuk pembiayaan dari organisasi luar (ICEsys; projek keterlibatan yang mendapat sumbangan dari luar peringkat kebangsaan dan antarabangsa sahaja) Kepimpinan : pelantikan keanggotaan di organisasi luar atas khidmat kepakaran dan kecemerlangan yang dimiliki (ICEsys: maklumat pelantikan ke jawatankuasa   tertentu & keterlibatan dalam kepakaran seperti pengubal dasar, referee sukan, auditor luar) Badan profesional: individ...

MY MANAGER WRITES ..........

Image
It's October 10th 2012....just one month since I started my day being under HEJIM's employment. What do you know, feels like I've been with Pejabat Hubungan Industri for years already. Is that good or bad? It's out of the world wonderful actually...... At least that's how I feel. Gotta to ask my terrific team what they feel :) :) :)  The thing is, I am just too grateful to be finally lifted off from my previous office, words can't describe it enough for me. There were too much pain and despair inside of me brewing for so many reasons since the last few years, and now it's all peaceful again in there. It is just I am so thankful to land it here, given the opportunity to work alongside such beautiful people, plenty of potential, laughter, smiles and joy, though amid tons of work and never ending urgent matters to attend to, I really feel super happy to be here.  I sincerely have been dreaming of this, but really never thought it could be...

Geran KTP Flagship

Terkini : Prof. Ir Dr. Abdul Wahab Mohammad menerima Geran KTP Flagship sebanyak RM 133,000.00. Tahniah x-Pengarah PHI. Ia menaikkan lagi KPI untuk geran luar PHI. Beliau menjalankan penyelidikan "Pembangunan Sistem Biofilem-membran untuk rawatan sisa air buangan kilang kelapa sawit (Palm Oil Mill Effluent ,POME)