SERI BARU DI PEJABAT

Hai semua !

Semenjak pejabat kami menerima kehadiran pengurus baru iaitu Puan Yazlina Saduri, pejabat kami telah mengalami sedikit perubahan kecil yang telah menambahkan keserian pejabat kami yang sedia ada.


Atas cadangan Pengurus, satu sudut untuk tetamu membasahkan tekak telah diwujudkan. Selepas ini jika ada tetamu yang bertandang, mereka sudah boleh menggunakan kemudahan yang telah disediakan.


Satu jambangan bunga yang baru untuk kerusi dan meja bagi tetamu yang menunggu untuk berjumpa pengurus mahupun pegawai di pejabat kami. Berseri-seri sudut tersebut dengan kehadiran jambangan bunga.

Ini juga ruang untuk tetamu yang sudah diserikan dengan jambangan bunga kuning. Semoga dengan sedikit perubahan ini akan memeriahkan lagi suasana di pejabat kami.

Pejabat yang bersih, kemas dan teratur dengan secara tidak langsungnya akan memberi aura yang baik untuk pekerja-pekerja seperti kami.

Sekian entri blog dari Linda.


Comments

Yaz@lina said…
Looking good our office now, thanks guys!

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate