Sistem Baru E-iktiraf UKM
Assalamualaikum Semua,
Nak share satu sistem baru akan diwujudkan oleh PPKK bernama e-iktiraf. Sistem ini merupakan sistem yang mengumpulkan data dari sistem ICEsys, SMPU, e-Sukan, SMK, SMKV, e-inovasi bagi maklumat berkaitan;
Sistem ini akan digunakan oleh PPKK untuk Audit Universiti Penyelidikan, SETARA dan PSPTN dijangkakan akan dilaksanakan tahun 2013. Susulan pindaan beberapa komponen seperti keperluan di atas, ICEsys versi 2 akan mempertimbangkan komponen- komponen tersebut.
So, peranan PHI akan lebih bertambah di masa hadapan, kita bukan sahaja merekodkan projek dan aktiviti keterlibatan dengan pihak industri dan masyarakat tetapi juga apa bentuk keterlibatan dengan pihak luar sama ada dalam bentuk keahlian dalam persatuan/ kelab/ jawatankuasa/ sukan / dan apa sahajalah yang melibatkan orang luar UKM. Good Luck PHI..
Nak share satu sistem baru akan diwujudkan oleh PPKK bernama e-iktiraf. Sistem ini merupakan sistem yang mengumpulkan data dari sistem ICEsys, SMPU, e-Sukan, SMK, SMKV, e-inovasi bagi maklumat berkaitan;
- Anugerah: pengurniaan yang diberi kepada individu (tokoh kebesaran/ kesarjanaan)
- Kecemerlangan: pencapaian kejayaan / pengiktirafan dalam bidang penyelidikan, pengajaran, keterlibatan, perkhidmatan dan kokurikulum. (ICEsys: rekod pewasit luar, penilai luar, penilai buku/tesis untuk IPTA luar)
- Pembiayaan: pengiktirafan dalam bentuk pembiayaan dari organisasi luar (ICEsys; projek keterlibatan yang mendapat sumbangan dari luar peringkat kebangsaan dan antarabangsa sahaja)
- Kepimpinan : pelantikan keanggotaan di organisasi luar atas khidmat kepakaran dan kecemerlangan yang dimiliki (ICEsys: maklumat pelantikan ke jawatankuasa tertentu & keterlibatan dalam kepakaran seperti pengubal dasar, referee sukan, auditor luar)
- Badan profesional: individu yang mendapat keahlian dari badan profesional
- Keterlibatan: pengiktirafan melalui pelantikan yang diberi oleh organisasi tertentu atas sumbangan kepada masyarakat. (ICEsys: projek khidmat masyarakat :penceramah/ pengerusi PIBG, penasihat NGO dsb)

Comments