Graduate Aptitude Programme 2012 & Hari Kerjaya Gugusan Sains Sosial



Hai semua :)

Antara aktiviti utama pejabat kami sekarang ialah untuk menjayakan satu program yang dinamakan Graduate Aptitude Programme 2012 (GAP 2012) & Hari Kerjaya Gugusan Sains Sosial. 

Untuk makluman program GAP pernah diadakan sebelum ini dan program pada tahun ini lebih menarik kerana pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan bekerjasama dengan mengadakan hari kerjaya pada akhir program tersebut.

Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar dari gugusan sains sosial iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dan Fakulti Pendidikan (FPend).

Pendaftaran awal akan diadakan di Dataran Pusanika pada 24 Oktober 2012 bermula dari 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Pihak kami berharap para pelajar dapat merebut peluang untuk menyertai program ini yang semestinya akan memberi banyak kebaikan dan manfaat dalam menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan skil komunikasi mereka. 

Jadi para pelajar semua, cepat daftarkan diri anda untuk menyertai program yang menarik ini! 



Post by : Ida ;)

Comments

Yaz@lina said…
Thanks for the write up Ida....tolong masukkan gambar RahRah sekali dalam entry seterusnya, tq

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate