Posts

Showing posts from 2013

Program Kitar Semula

Image
Program kitar semula kertas di UKM telah mula dilaksanakan sejak Januari 2010 semasa pelancaran Kampus Sisa Sifar UKM dengan menggunakan kotak kitar semula kertas yang dibekalkan kepada pejabat-pejabat di UKM. Di Pejabat Hubungan Industri, kutipan pertama bermula pada Disember 2010 dan sehingga kini staff PHI mengamalkan penjimatan penggunaan kertas. Pusat Kitar Semula UKM (PKSUKM) diketuai oleh 4 orang pelajar master dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,  ianya sukarelawan dimana pelajar pelajar master ini dibawah kumpulan sisa sifar UKM . Selebihnya pelajar sukarelawan dari pelbagai fakulti. Kutipan di pejabat-pejabat UKM dibuat setiap minggu. Sekali seminggu dengan bantuan jabatan landskap, JPP selalunya pada hari Rabu. Operasi Pusat Kitar Semula UKM adalah seperti berikut: Hari : Selasa hingga Khamis Waktu : 9.30pagi hingga 5.30 petang. (2.00 hingga 3.00petang rehat) Tempat : Dataran Panggung Seni, UKM Post by: Ida...

Pejabat Hubungan Industri - HEJIM, UKM

Salam Sejahtera. Selamat datang ke blog Pejabat Hubungan Industri - HEJIM, UKM. Paparan di blog adalah mengenai aktiviti yang telah mahupun bakal dijalankan oleh pejabat kami. Terima kasih.

RAGAM MANUSIA

My 23 May 2013 PHI blog entry:- Yang di bawah ini adalah email (obviously spam) yang saya terima baru-baru ini. Saya terpanggil untuk menulis pasal perkara ini bila saya fikirkan satu perkara ....."agaknya bagaimana cara saya menghadapi kematian nanti?". Mula dari birthday saya tahun lepas saya dah selalu sebut dengan anak-anak: "Kalau Mama mati sama umur dengan Emak Mama, Mama cuma tinggal less than 9 tahun untuk hidup, and kalau sama dengan umur Abah, Mama cuma ada 10 tahun lagi".....Emmmm, lepas tu mula lah anak-anak kesayanganku muncung merajuk sebab Mamanya cakap bukan-bukan. Tapi itu kan fakta?  Saya memang sakit kepala fikirkan, tak tahu nak cakap kenapa masih ada hamba Allah yang sanggup menipu dengan pelbagai cara, menggunakan nama Allah dan kalimah suci dan sebagainya. Dengan email di bawah yang ditulis dalam BM dan pastinya disasarkan kepada rakan-rakan seagama sendiri.....Kita selalu dengar banyak rakyat asing terutama dari Nigeria yang buat bend...

The Big Phat English Jamboree

Image
The Big Phat English Jamboree? Apa benda tu? Preparing their presentations The Big Phat English Jamboree adalah sebuah program yang berbentuk 'karnival' yang berjalan selama dua hari ( 16 - 17 Mac 2013) dan penuh dengan aktiviti berunsurkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia bermatlamat mendedahkan pelajar kepada kepada kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris “secara kreatif dan inovatif” sehingga akhirnya mereka berupaya menyampaikan buah fikiran secara tepat.    Antara slot yang akan diselitkan adalah  Power of Songs, Sounds of English & Tongue Twister,    Body Electric & Sing Yourself To Perfect English dan  Celebrity Talkshow : My Life in English. Thank you Celebs for the sharing and the motivations : LOVE LOVE LOVE The best audience, the Celebrity Talk Show has to be extended for another 30 min Ia juga merupakan lanjutan daripada Graduate Aptitude Programme (GAP) yang telah dijalankan sepanjang 2012...
Image
Liku- Liku Geran HEJIM  Terima kasih kepada ahli majlis penasihat HEJIM: Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah dan Ketua HEJIM FSK: PM Dr. Hidayatul, yang telah sudi berkongsi ilmu dan kepakaran nya dengan memberi taklimat pada 20hb Feb 2013, tentang cara-cara menulis proposal geran HEJIM selain, memberi tips bagaimana untuk menghasilkan projek komuniti yang memberi manfaat kepada komuniti. Geran HEJIM sifatnya seed-funding atau geran pengalak maka, amaun yang diberikan adalah sedikit berbanding geran lain, tetapi tidak disangka lebih 80 orang hadir untuk mendengar taklimat geran ini walaupun hebahan untuk mengadakan taklimat ini tidak kurang dari 2 hari ; Pada 12hb Mac 2013, sekali lagi beliau sudi menjadi panel kepada pembentangan hasil geran HEJIM 2010 dan 2011 selain Prof. Dr. Zaidi dan Prof. Dr. Mohd Deraman, Ketua HEJIM. Rata-rata penyelidik sangat berpuas hati dengan komen prof sharifah yang bernas dan mengalakkan mereka untuk menyumbang lebih kepada komu...

Wifi Percuma Untuk 25,000 Pelajar UKM

Pandangan dari kami berempat : Muhammad Norrizal Abd. Majid, Mazlinda Ahmad, Suriana Sulaiman dan Wahidah Abdul Wahid Pandangan 1 Pada masa kini , penguasaan Internet di dalam IPTA  bagaikan satu perkara yang amat penting . Kepentingan di dalam penggunaan teknologi maklumat telah menyebabkan belia , terutama  sekali pelajar IPTA Dan IPTS sedar akan kewujudan teknologi maklumat telah banyak   membantu mereka di dalam proses pembelajaran  dan dalam pencarian maklumat tambahan .  Dengan perkembangan ICT, pelajar IPT tidak perlu runsing dalam carian maklumat mengenai   tugasan kerana dengan capaian menerusi Internet, maklumat boleh diperoleh dengan cepat  d an tepat , berbanding dengan 20 tahun dahulu di mana maklumat hanya diperolehi dari   perpustakaan Dan majalah-majalah tertentu sebagai rujukan . Penerimaan belia terutama   pelajar IPT terhadap perkembangan meraka.wifi ...