Posts

Showing posts from 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Image
Kami dari Pejabat Hubungan Indusri (PHI), dengan besar hati ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada seluruh kakitangan HEJIM dan warga UKM. Semoga jalinan erat dapat dipertingkatkan sesama kakitangan dan seterusnya melahirkan suasana harmoni semasa bertugas. Tidak lupa juga kepada pihak industri yang pernah dan sedang menjalinkan kerjasama dengan kami. Semoga tahun baru ini membawa rezeki dan peluang yang lebih banyak serta mendatangkan manfaat kepada semua. Penulis.

PROGRAM `MINI TOWN HALL’ - BICARA KRA

Image
Program 'Mini Town Hall' yang diadakan baru-baru ini adalah salah satu usaha dalam memperjelas dan mencerahkan pemahaman tentang KRA kepada kakitangan UKM, khususnya kakitangan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Pelaksana yang berjumlah 2500 orang.  Dalam majlis yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) itu, kakitangan yang hadir berpeluang mendengar sendiri ucapan dari Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Datuk Dr.  Noor Azlan Ghazali. Dalam ucapannya,  beliau dengan penuh semangat menerangkan hasrat universiti dalam mencapai hasil strategik melalui enam KRA seperti yang sedia dimaklumi kakitangan. Di ruang lobi, sebuah pameran diadakan bagi menggalakkan lagi suasana program. Sebanyak enam buah booth pameran yang mewakili enam KRA telah dibuka untuk pengunjung. HEJIM melalui Pejabat Hubungan Industri (PHI) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UKM), sejak awal lagi menggalas...

Pejabat Hubungan Industri- Sekilas Pandang 2014

Image
Sepanjang tahun 2014, banyak program dan aktiviti yang telah Pejabat Hubungan Industri (PHI) kendalikan dengan usaha sama dengan fakulti.Usaha ini perlu memandangkan PHI berperanan sebagai pengantara antara industri dengan universiti. Sebagai pengantara, peranan PHI bukan sekadar membawa masuk dan memperkenalkan pihak industri dengan UKM semata-mata tetapi juga untuk terlibat sama dengan semua program dan aktiviti yang dilaksanakan. Hanya dengan cara ini barulah kelestarian hubungan antara UKM dengan dunia luar akan dapat dijelmakan. Kedua-duanya akan mendapat manfaat yang tidak ternilai harganya. Sebagai contoh, beberapa siri taklimat kerjaya dan temu duga telah diadakan di beberapa fakulti. Selain itu, PHI juga mengendalikan beberapa buah program menerusi dana yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempertingkat kebolehpasaran graduan UKM. Berikut adalah program yang telah dijalankan sepanjang tahun i...

2014 OFFSHORE TECHNOLOGY CONFERENCE

Image

GOTONG ROYONG

Image
Hasil perbincangan yang dibuat selepas pembentangan Budaya 5S oleh Saudara Zansyuwari sewaktu Bengkel Pembangunan Kapasiti dan Pengukuhan Kerja Berpasukan Kakitangan HEJIM/AsiaEngage pada 11 Disember 2013 dan mesyuarat Hejim pada 17 Disember 2013, satu sesi gotong-royong bagi membersihkan dan mengemas stor (di sebelah PHI) telah diadakan pada 19 Disember 2013. Aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya diketuai oleh Puan Mazlinda Ahmad. Wakil-wakil pejabat HEJIM iaitu Encik Qamarul Zulkifly (PHUM), Encik Muhammad Norrizal Abd Majid dan Puan Wahidah Abdul Wahid (PHI) dan Encik Muhammad Syakir Kamarudin dan Encik Rozy Shyris Osman (YC) telah melaksanakan tanggungjawab dengan semangat yang tinggi dan bersungguh-sungguh. Pembersihan dan penyusunan barang-barang telah diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Bilik stor sebelum aktiviti gotong royong   Aktiviti dimulakan selepas minum pagi dan taklimat ringkas men...