SENAMROBIK DI UKM


Senamrobik di UKM telah dijadikan salah satu program kesihatan anjuran Pusat Sukan UKM dan diadakan 3 kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat di Stadium UKM.

Senamrobik ini dikemudikan oleh seorang instruktor yang berpengalaman dari Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Warisan.  Terbuka secara percuma kepada semua kakitangan dan pelajar UKM.  Orang luar juga dialu-alukan. 

Setiap sesi diadakan selama satu jam dan sejak ianya dimulakan pada awal tahun 2012, kehadiran adalah amat menggalakkan.  Memandangkan senamrobik ini diadakan selepas waktu bekerja iaitu pada jam 5.30 petang, maka kehadiran peserta amatlah memberangsangkan.

Sesi senamrobik ini amatlah menyeronokkan. Di samping menjaga kesihatan, ia juga dapat meningkatkan stamina dan membantu menurunkan berat badan.

Sesi senamrobik ini juga sesuai di adakan oleh setiap pejabat di UKM sebagai salah satu aktiviti pejabat di samping dapat meningkatkan kecergasan fizikal kakitangan dalam melaksanakan tugas-tugas di pejabat.





Entri blog dari Suriana.


Comments

Yaz@lina said…
Sue...mana you?

MUST-READS

ICT Mumbai towards getting top 100 in the world over next 10 years

Taklimat Penggunaan ICESYS

Collaboration to Develop Novel Class of Drug Conjugate